Fukushima 50 (filem)

Fukushima 50 ialah filem drama Jepun 2020 yang diarahkan oleh Setsurō Wakamatsu dan ditulis oleh Yōichi Maekawa. Dibintangi oleh Koichi Sato dan Ken Watanabe, filem ini berkisarkan mengenai sekumpulan pekerja yang bertugas menangani keruntuhan loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi selepas gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011. Filem ini berdasarkan buku bukan fiksyen oleh Ryusho Kadota, yang bertajuk On the Brink: The Inside Story of Fukushima Daiichi dan ia ialah filem Jepun pertama yang secara langsung menggambarkan bencana itu.[3]